Kitab ilmu makrifat Tok Kenali Kelantan yang asli (naskah asal).

Assalamualaikum, para pembaca yang budiman sekalian. Semoga dalam kandungan sihat walafiat hendaknya.

Tok Kenali dan Tok Selehong telah lama meninggalkan kita. Sungguhpun begitu, penghijrahan beliau berdua kealam baqa, beliau sempat menghadiahkan kita dengan suatu harta yang tidak ternilai harganya. Harta peninggalan beliau itu, bukannya berupa harta benda atau wang ringgit. Harta yang teramat beharga peninggalan beliau itu, adalah berupa naskah ilmu makrifat dan naskah ilmu mengenal diri.

Semasa hayatnya, Tok Kenali dan Tok Selehong mempunyai ramai anak murid. Diantara muridnya yang ramai itu, ada terdapat dua atau tiga orang muridnya yang teristimewa dan yang tersayang. Salah seorang diantaranya adalah Hj. Mohd Yusof cik Wook.

Hamba Allah yang bernama Mohd Yusof Cik Wook itu, seorang budak murid yang rajin berbakti kepada guru-gurunya. Sementara anak murid yang lain semuanya telah balik dari mengaji, Mohd Yusof masih tetap berrdammpingan dengan gurunya. Beliau urut tubuh gurunya hampir setiap malam. Sebelum balik dari mengaji, beliau tidak pernah meninggalkan kolah air gurunya kosong. Selagi tidak penuh kolah air, beliau tiddak akan balik. Air kolah itu, seemata-mata bertujuan untuk bekal gurunya manndi dan mengambil air sembahyangn.

Dalam pada murit yang lain telah kembali kekediaman masing-masing, Mohd Yusof Cik Wook, tetap berdamping dengan gurunya. Dengan cara memicit (mengurut) tubuh gurunya yang sekali-kali terasa lenguh, di situlah kelebihan Hj.Mohd Yusof berbanding dari murid yang lain. Disitulah rupa-rupanya dengan cara tidak sengaja, terluah dari bibir mulut sang guru, meluahkan segala rahsia ilmu, disebalik ilmu (rahsia disebalik rahsia)yang sulit-sulit.

Dikala orang lain nyeyak tidur, Mohd Yusof masih tetap urut tubuh Tok kenali, yang mana Tok Kenali diketika itu sudah hampir-hampir mengantuk, disaat Tok Kenali hampir-hampir dibuai mimpi, sesungguhnya disitulah bibir Tok Kenali terlafas (terccerita) barang ilmu yang tinggi-tinggi dan ilmu yang sulit-sulit. Rupa-rupanya dalam keadaan sebeginilah kebarangkalian sang guru itu tadi, tercerita atau terlafas (dalamm keadaan tak senggaja mungkin, ilmu yang sulit-sulit itu terlafas dari mulluut guru.

Dalam keadaan separuh sedar (keadaan sedar denngan tidak sedar), kebarangkalian Tok Kenali sendiripun juga berkemungkinan dengan tidak sengaja atau mungkin juga dalam keadaan yang disengajakan, telah mengungkap kalimah batin (ilmu makroifat) kepada muridnya yang bernama Mohd Yusof Cik Wook. Dikesempatan keemasan itu juga, cuping telinga Mohd Yusof ditadahnya dengan penuh cermat dan berhati-hati. Setiap patah perkataan yang terkeluar dari bibir Tok kenali itu, disalin semula kedalamm buku catatan setibanya dipondok (sekembalinya kepondok).

Begitulah rutin hidup Mohd Yusof Cik Wook dizaman remajanya. Sejaran sebenarnya asal mulanya  Mohd Yusof Cik Wook, mendapat pendedahan ilmu asas makrifat itu, adalah dari Tuan Guru Tok Selehong. Rumah serta kampong orang tua Mohd Yusof  berasal dari kampong dalam Rhu, Tumpat yang bersebelahan dengan kampong Selehong. Nama asal Tok Selehong adalah Abdul Rahman, dikeranakan beliau tingggal dikampong selehong, maka orang dahulu lebih dikenali melalui kampongnya berbanding namanya sendiri.

Selepas berguru dengan Tuan Guru Tok Selehong, Tuan Guru Mohd Yusof Cik Woook, kemudiannya melanjutkan pula pelajarannya dengan Tuan Guru Tok Kenali. Namun ternyata kedua-dua gurunya itu, mempunyai persamaan ilmu. Maklumlah Tok kenalil dan Tok Selehong itu telah mendapat pendidikan ilmu makrifat dari guru yang sama.


Butir permata yang indah itu, selalunya terdapat dan bertempat di tengah lautan yang dalam, tempat yang jarang dikunjungi dan tempat yang susah didekati). Tempat yang tidak ramai dikunjungi orang dan tempat yang  jauh dari kunjunggan orang  ramai, pada kebiasaanya disitulah seelalunya terdapat dan terbitnya mutiara yang indah-indah. Begitulahh juga dengan nasib Mohd Yusof Cik Wook. Beliau tidak terkenal dan tidak dikenali ramai, tidak tersohor sebagaimana nama-nama besar yang tercatat dalam lipatan akhbar. Beliau hanya dikenali oleh murid-miriddnya melalui lipatan sejaran hati mereka -mereka yang terdekat.

Yang paling dekat dan rapat mengenali diri dan hati budi ilmu makrifat Tuan Guru Hj.Mohd Yusof Cik Wook itu, ternyata tidak lain dan tidak bukan adalah anak kandungnya sendiri, yang bernama Hj.Shaari Mohd Yusof.

Tuan-tuan dan puan-puan yang budiman seekalian, ingat dan ketahuilah bahawasanya ilmu Allah itu, bukannya sebagaimana harta pusaka, yang boleh diageh-ageh atau yang boleh dibahagi-bahagikan kepada anak cucu. Harta dunia boleh dijadikan pusaka, manakala ilmu Allah itu, hanya kepada sesiapa yang dikehendaki Allah Taala. Barang siapa yang tidak dikehendaki atau barang mereka yang tidak mendapat petunjuk Allah Taala, biarpun ia belajar dengan 13 guru dan berpindah kepada 30 buah sekolah pondok sekalipun, mereka tidak akan mendapat ilmu Allah, sekiranya tidak dikehendaki Allah Taala. Ilmu Allah itu, akan jatuh kedalam hati hamba-hambaNya, hanya kepada orang-orang yang dikehendaki Allah.

Begitulah takdir yang terdapat pada batang tubuh Hj. Tuan Guru Mohd Yusof dan anaknya Hj.Shaari Mohd Yusof.
Berlakunya semua itu, adalah dengan tidak sengaja dan tidak diketahui langsung oleh sang murid. Itu semua adalah pemberian dan anugerah Allah Taala.

Pada mulanya anak kepada Tuan Guru Hj Mohd Yusof Cik Wook yang bernama Hj Shaari Mohd Yusof, seekali-kali tidak menduga yang beliau itu juga pada suatu harri nanti, berkemungkinan akan menerima titah harta peningalan Tok Kenali oleh ayahndanya!. Sungguhpun begitu, bagi ayahndanya beliau, ianya sudah dapat menduga yang suatu harri nanti anaknya yang bernama Shaari, akan dapat mewarisi serta dapat mengganti tempanya, sebaggaimana beliau dapat menganti tempat Tok kenali dan Tok selehoong.



Hj.Mohd Yusof Cik Wook, adalah seorang guru yang tidak terkenal sebagaimana orang lain, yang menempah nama dalam suratan akhbar. Tuan Guru Hj.Mohd Yusof cik Wook, sekaddar tercattat dalam lipatan sejarah hati para mukmin yang mengenal Allah.



Saya mewakili Tuan Guru Hj. Mohd Yusof cik wook, berdoa kepada Allah Taala, agar dibuka pintu hati tuan-tuan, supaya dapat memahami kitab-kitab peningalannya. Untuk itu kiranya tuan-tuan berminat untuk mendalami dan menghayati ilmu makkrifat secara sebenar dan secara hakiki, milikilah kitab yang berjudul

1) ILMU MAKRIFAT (Tok Kenalil Kelanttan)
2) ILMU MENGENAL DIRI (Tok Kenalil Kelantan)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Hj Shaari Hj. Mohd Yusof melalui talian Hand/Fon 019 3010 117